Monday

Caj Perkhidmatan

Encik Zalani ada bertanya melalui chatter box saya,

Apakah maksud:
The Manager does not impose a repurchase charge on the sale of units of the fund by investors.

Maksudnya:
Tiada sebarang caj dikenakan apabila pelabur ingin menjual unit. Mereka boleh menjual bila-bila masa tanpa perlu membayar apa-apa.
caj perkhidmatan hanya dikenakan sekali sahaja iaitu ketika Pelabur membeli unit (ie. Sebanyak 5.5% bagi pelaburan tunai dan hanya 3% bagi pelaburan kwsp). Caj perkhidmatan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pengurus dana profesional, lain2 yuran dan perbelanjaan yang perlu dibayar oleh pihak syarikat, apatah lagi jika dibandingkan dengan keuntungan yang bakal diperoleh pelabur.

Tempoh matang dan penutupan dana

Ok, kini saya akan cuba merungkai persoalan2 yang diajukan oleh Encik Zalani melalui chatter box saya..

1) tempoh matang

Kadangkala jika kita membuat pelaburan saham atau simpanan tetap, kita akan diberi tempoh matang (eg. 6 bulan, 10 tahun etc) di mana kita boleh mengeluarkn wang tersebut dan menikmati keuntungannya selepas tempoh itu. Tetapi dalam unit trust, anda tidak perlu risau kerana tiada tempoh matang, anda berhak menjual beli pada bila2 masa, sama ada sebahagian unit atau kesemuanya.

2) penutupan dana

Ya, Ketika suatu dana dilancarkan,sejumlah unit telah ditetapkan sebagai had saiz bagi dana tersebut (cth: 2 billion unit etc). Jadi dana ini dibuka untuk pelabur sehinggalah jumlah unit tersebut dicapai. Maka ketika itu, dana tersebut akan ditutup dan pelabur baru tidak boleh lagi melabur di dalamnya. Tetapi pelabur yang telah pun membuat pelaburan dlm dana tadi tidak perlu menukar dana,mereka masih terus mendapat keuntungan dan bileh menjual bila-bila masa.

Contoh dana yang telah ditutup adalah Public Islamic Opportunities Fund dan Public Islamic Bond Fund. Public Islamic Dividend Fund dan Public Islamic Balanced Fund juga baru sahaja ditutup pada minggu lepas.

Namun begitu, Public Mutual mempunyai pelbagai dana yang masih dibuka lagi dan melancarkan dana-dana baru dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan tinggi daripada para pelabur.