Sunday

Pasaran Saham Diramal Kukuh Pada Suku Kedua - Berita Harian

lepas tsunami saham x stabil.. Tapi diramal kukuh pada suku kedua?? Wow! inilah masanya!!

Baca keratan akhbar berikut:

Pasaran saham diramal kukuh pada suku kedua
HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka mengukuh dalam suku kedua 2011 ini di sebalik keadaan tidak menentu pada peringkat global berikutan ketegangan politik di Asia Barat dan Afrika Utara serta bencana gempa bumi dan tsunami yang dahsyat di Jepun.


Penganalisis Kanan di CIMB Investment Bank Bhd, Nigel Foo Chek Keng, berkata pasaran tempatan mempunyai kitarannya yang tersendiri dan tidak terjejas oleh peristiwa berkenaan. Selepas mencapai paras kemuncak pada Januari dan melalui tempoh mendatar selepas itu, Bursa Malaysia berkemungkinan mencecah had paras terendahnya menjelang akhir bulan ini, katanya.
 
"Biasanya pasaran mengambil kira segala perkembangan enam bulan hingga setahun ke hadapan.

"Ketika ekonomi berada di kemuncaknya, pasaran mulai berkembang dan ketika ekonomi berada pada tahap paling teruk, pasaran mulai mengalami reli," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Prospek Pasaran bagi Suku Kedua 2011 dan Selepas itu’ pada acara Sembang Pasaran 2010/11 anjuran Bursa Malaysia, kelmarin.
Menuju ke depan, Foo berkata, minat belian akan terus bertumpu kepada saham syarikat sarung tangan getah, kayu serta minyak dan gas.


Katanya, sasaran FTSE Bursa Malaysia bagi tahun ini ialah 1,700 mata.


Sembang Pasaran 2010/11 adalah sebahagian daripada program pelaburan runcit Bursa Malaysia untuk menggalakkan penyertaan yang lebih besar di kalangan individu di pasaran modal tempatan.
 
sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Pasaransahamdiramalkukuhpadasukukedua/Article/