Thursday

Saya akan berada di kampung halaman pada 9-13 September 2010!

Assalamualaikum semua..

Bermula 9hb sehingga 13hb Sept, saya akan berada di Kluang, Johor.
Jadi orang-orang kampung saya bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada saya secara face-to-face.

Namun, dalam tempoh ini, saya mungkin kekurangan akses internet. [Saya pasti anda semua juga pasti sibuk beraya =)] Oleh itu, jika ada sebarang soalan, anda masih boleh menghubungi saya melalui telefon dan SMS. InsyaAllah saya akan memberi respon secepat mungkin.

Saya akan kembali semula pd 14hb..
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang urusan kita, dan halalkan segalanya.. semoga Ramadhan yg kian melabuhkan tirai menjadikan kita hambaNya yg lebih bertaqwa..

Taqabbalallahu minna wa minkum!
Salam Aidilfitri buat semua~!

p/s: Oh, jangan lupa bayar zakat.. barulah rezeki dan pelaburan kita semakin diberkati Allah (^_^)

Senarai Dana Public Mutual Yang Berlandaskan Syariah

Public Mutual menyediakan pelbagai dana untuk kesesuaian tahap risiko pelabur.
Semakin tinggi keuntungan, tinggi jugalah risikonya dan begitulah sebaliknya.
 
Anda kusut dalam memilih dana yg sesuai bg pelaburan anda?
Jangan risau, kami sebagai unit trust consultants bersedia untuk membantu dan mengesyorkan dana yg bersesuaian untuk anda mengikut tahap ekonomi semasa.
 
Saya juga menyediakan Financial Year End bg setiap dana untuk anda mengetahui bilakah berlakunya pembahagian dividen untuk pelaburan anda. Namun begitu, kebanyakan dana agresif tidak menjanjikan dividen setiap tahun kerana mereka lebih berfokus kepada kenaikan harga unit. Jadi harga biasanya akan naik tinggi dan anda boleh menjual bila-bila masa jika mahu.

Anda boleh menyemak harga semasa setiap dana di sini dan prestasinya di sini.

Wednesday

Welcoming Our New Unit Trust Consultants!!!

Assalamualaikum wbt..

Dgn sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa IslamicUnitTrust Consultant telah mempunyai 2 org lagi ejen yg boleh anda hubungi.. Cik Syuhairah Rahifah dan Cik Siti Nabihah telah pun lulus peperiksaan unit trust dgn cemerlang dan kami semua bersedia untuk memberikan servis yg terbaik buat anda!

Kini, untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan islamic unit trust, anda boleh lah menghubungi kami.

Atau jika anda juga berminat untuk menjadi ahli kumpulan kami dan ingin mengetahui kelebihan serta cara-caranya, bolehlah menghubungi saya juga.