Thursday

Sungguh, Ramadhan Itu Bulan Berkat!

Salam Ramadhan al-mubarak buat semua UTC, Pelanggan2 yang dihormati dan pembaca2 blog saya yang dikasihi selalu.. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..
Alhamdulillah.. sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Ramadhan yang amat kita nanti2kan sekian lama.. Syukur yang tak terhingga masih diizinkan bernafas hingga ke hari ini...

Sesungguhnya Ramadhan itu memang penuh dengan barokah.. Setiap tahun, pasti ada sahaja keajaiban Ramadhan yang saya alami.. Just like a miracle, Allah always listen to my du'a especially in Ramadhan! Whatever I ask him this month, He will straight away respond to me..

Benarlah ayat2 nya yang cukup indah sekali disusun selepas ayat-ayat perintah berpuasa di bulan Ramadhan (Al-Baqarah,2:183-185)..

Tidak perlulah saya nyatakan di sini perkara2 peribadi yang sangat menyentuh hati saya setiap kali Ramadhan setiap tahun tatkala saya berdoa padanya. terlalu banyak yang dimakbulkan dan ianya sangatlah di luar sangkaan.

Begitu juga dengan bisnes saya, alhamdulillah Allah kurniakan lagi keberkatan itu untuk saya pada kali ini..
Saya tidak terlalu agresif dengan bisnes saya terutamanya ketika bulan ibadah ini, namun di saat inilah talian telefon saya tidak henti-henti dengan panggilan2 pelanggan yang baru mahupun yang lama.

Alhamdulillah rezeki bertambah2.. Prospek yang sudah sekian lama saya follow up juga, tatkala inilah hatinya dibuka oleh Allah.. Saya sangat bersyukur yang tidak terhingga. Saya pasti anda juga tentu mengalami perkara yang sama di bulan rahmat ini. Marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran padanya, Terima Kasih Ya Allah! :') 

p/s: terima kasih juga buat pelabur2 & ejen2 yang telah menceriakan hari saya! ;)

New Team Members

Alhamdulillah...

Baru-baru ni team kami semakin subur dengan benih2 baru yg hebat2 belaka..
Pertama sekali saya ingin perkenalkan, sahabat saya yang telah pun berjaya menjadi Unit Trust Consultant pada bulan lepas, ukhti Khairunnisa Mazlan! :)

Cik Nisa ni adalah sahabat saya dan selalu bersama-sama saya dalam Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Shah Alam.. Sejak saya menjadi UTC beberapa tahun lepas, beliau sering bertanyakan saya mengenai kerjaya ini. Maklumlah, beliau memiliki kelulusan profesional ACCA dan amat meminati bidang kewangan islam ini.

Sehinggalah beberapa bulan lepas, saya telah membawanya ke Grand Business Opportunity Seminar anjuran syarikat kami dan tanpa berfikir panjang, cik Nisa terus mendaftarkan diri pada malam itu juga dan menerima hadiah sebuah buku motivasi kewangan buat 30 UTC baru yg mendaftar ketika itu..

Saya pun tumpang gembira.. selain beliau, ada beberapa lagi UTC baru yang akan mengambil peperiksaan dalam masa terdekat ni. Antara mereka ada yang bekerja sebagai Pegawai Kewangan dan ada juga yang merupakan Ketua Jabatan Syariah di salah sebuah kolej islam! Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja dengan orang-orang yang hebat dalam team ni.. Yang pasti, kami semua memiliki satu perjuangan yang sama iaitu untuk memartabatkan sistem kewangan islam.

Kepada anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan tambahan, jangan segan silu untuk hubungi saya. Saya sendiri memulakannya sebagai part time dulu dan ianya sangat berbaloi!


Perkenalkan seorang lagi UTC kami, Cik Nadrah Samsuri

Seperti biasa, saya akan memperkenalkan setiap ahli kumpulan saya dalam blog ini. Walau bagaimanapun saya hampir terlupa untuk memperkenalkan Cik Nadrah. Harap masih belum terlambat. Here it goes..

Untuk pengetahuan semua, cik Nadrah adalah seorang auditor di sebuah syarikat audit terkemuka. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Australian National University, Canberra, Australia.

Saya pertama kali berjumpa beliau ketika program Jalinan Ukhwah yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk alumni lepasan luar negara. Ketika itu, cik Nadrah baru sahaja tamat belajar dan sedang mencari rumah. Memandangkan rumah kami masih kosong, saya menawarkannya untuk tinggal di situ.

Cerita mengenai unit trust bermula sewaktu cik Nadrah datang untuk melihat rumah tersebut. Sambil berkenalan, seperti biasa saya tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu mengenai pelaburan islamic unit trust yang bagus dan kerjaya saya sebagai unit trust consultant (UTC) yang sangat menyeronokkan. Tak sangka cik Nadrah sangat berminat dan terus menyatakan keinginannya untuk menjadi consultant.

Itu cerita dulu. Kini cik Nadrah telah pun menjadi seorang UTC yang sangat bagus, berani dan bijaksana. Beliau bukan sahaja telah mempunyai ramai klien, malah akan turut mempunyai UTC baru tak lama lagi.

Semoga terus maju, sahabatku!

p/s: Kepada yang sedang membaca, anda bila lagi? ;)