Thursday

New Team Members

Alhamdulillah...

Baru-baru ni team kami semakin subur dengan benih2 baru yg hebat2 belaka..
Pertama sekali saya ingin perkenalkan, sahabat saya yang telah pun berjaya menjadi Unit Trust Consultant pada bulan lepas, ukhti Khairunnisa Mazlan! :)

Cik Nisa ni adalah sahabat saya dan selalu bersama-sama saya dalam Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Shah Alam.. Sejak saya menjadi UTC beberapa tahun lepas, beliau sering bertanyakan saya mengenai kerjaya ini. Maklumlah, beliau memiliki kelulusan profesional ACCA dan amat meminati bidang kewangan islam ini.

Sehinggalah beberapa bulan lepas, saya telah membawanya ke Grand Business Opportunity Seminar anjuran syarikat kami dan tanpa berfikir panjang, cik Nisa terus mendaftarkan diri pada malam itu juga dan menerima hadiah sebuah buku motivasi kewangan buat 30 UTC baru yg mendaftar ketika itu..

Saya pun tumpang gembira.. selain beliau, ada beberapa lagi UTC baru yang akan mengambil peperiksaan dalam masa terdekat ni. Antara mereka ada yang bekerja sebagai Pegawai Kewangan dan ada juga yang merupakan Ketua Jabatan Syariah di salah sebuah kolej islam! Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja dengan orang-orang yang hebat dalam team ni.. Yang pasti, kami semua memiliki satu perjuangan yang sama iaitu untuk memartabatkan sistem kewangan islam.

Kepada anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan tambahan, jangan segan silu untuk hubungi saya. Saya sendiri memulakannya sebagai part time dulu dan ianya sangat berbaloi!


No comments:

Post a Comment