Sunday

Pasaran Saham Diramal Kukuh Pada Suku Kedua - Berita Harian

lepas tsunami saham x stabil.. Tapi diramal kukuh pada suku kedua?? Wow! inilah masanya!!

Baca keratan akhbar berikut:

Pasaran saham diramal kukuh pada suku kedua
HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka mengukuh dalam suku kedua 2011 ini di sebalik keadaan tidak menentu pada peringkat global berikutan ketegangan politik di Asia Barat dan Afrika Utara serta bencana gempa bumi dan tsunami yang dahsyat di Jepun.


Penganalisis Kanan di CIMB Investment Bank Bhd, Nigel Foo Chek Keng, berkata pasaran tempatan mempunyai kitarannya yang tersendiri dan tidak terjejas oleh peristiwa berkenaan. Selepas mencapai paras kemuncak pada Januari dan melalui tempoh mendatar selepas itu, Bursa Malaysia berkemungkinan mencecah had paras terendahnya menjelang akhir bulan ini, katanya.
 
"Biasanya pasaran mengambil kira segala perkembangan enam bulan hingga setahun ke hadapan.

"Ketika ekonomi berada di kemuncaknya, pasaran mulai berkembang dan ketika ekonomi berada pada tahap paling teruk, pasaran mulai mengalami reli," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Prospek Pasaran bagi Suku Kedua 2011 dan Selepas itu’ pada acara Sembang Pasaran 2010/11 anjuran Bursa Malaysia, kelmarin.
Menuju ke depan, Foo berkata, minat belian akan terus bertumpu kepada saham syarikat sarung tangan getah, kayu serta minyak dan gas.


Katanya, sasaran FTSE Bursa Malaysia bagi tahun ini ialah 1,700 mata.


Sembang Pasaran 2010/11 adalah sebahagian daripada program pelaburan runcit Bursa Malaysia untuk menggalakkan penyertaan yang lebih besar di kalangan individu di pasaran modal tempatan.
 
sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Pasaransahamdiramalkukuhpadasukukedua/Article/

Thursday

Welcoming Our New UTC : Cik Masrina Mazlan~!!

Slm to all,

I would like to introduce our new UTC : Cik Masrina Mazlan!

Cik Masrina ni seorang yg peramah dan bersemangat waja.

Walau pun pada asalnya kami tidak saling mengenali dan hanya dimulai dengan YM sahaja, namun segalanya berjalan lancar dan seperti kawan lama pula. jadi anda di luar sana tidak perlulah segan2 silu jika berminat untuk menjadi ejen bersama2 kami.

Cik Riena mempunyai Degree in Accountancy from Australia (ini menyebabkan total ahli kami yg berkelulusan Australia sudah menjadi 3 org! termasukla saye hehe). Jika anda ingin menghantar anak anda untuk belajar di luar negara kelak, mulakanlah pelaburan dari sekarang. Kami sedia membantu dan memberikan nasihat dari segi projected tuition fees dan cara2 untuk anda mencapai target tersebut.

Yang paling menarik, Cik Riena sudah mempunyai banyak pengalaman kerja dlm institusi2 kewangan termasuklah Bank Negara!

Jadi tak usah ragu-ragu lagi untuk mendapatkan khidmat kami :)

Monday

Berapakah pulangan pelaburan unit trust??

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah hari ni baru berpeluang dpt update blog.. maaflah bulan lepas saya ada masalah kesihatan sedikit tapi jangan risau saya masih lagi aktif di alam realiti (blog ni alam maya je hehe)

saya rasa ramai yg tertanya2,
berapakah pulangan yang anda boleh dapat dalam pelaburan islamic unit trust ni?

sebenarnya ianya bergantung kepada pasaran semasa. pulangan bukanlah tetap kerana konsep pelaburan islam itu adil. kita melaburkan wang untuk menjadi modal perniagaan2 syarikat dsb jadi kita hendaklah berkongsi untung rugi perniagaan tersebut. jadi, dalam jangka masa pendek nilainya pasti ada turun naik tetapi anda jangan risau, kerana dalam jangka masa panjang, ianya insyaAllah naik malah memang tinggi.

Mari kita ikuti kisah benar berikut:
Salah seorang pelabur saya, Pn R telah pun merasai kemanisannya. beliau melaburkan sebanyak RM7,300 pada Julai 2008 menggunakan skim pelaburan kwsp ke dalam Public Mutual dan terus membiarkannya. Nak tahu berapa dia dapat pada hari ini? Alhamdulillah, pada Januari 2011 kini pelaburannya meningkat menjadi RM10,500!!! hanya 2 tahun lebih, beliau berjaya meraih keuntungan RM 3,200, almost half of the investment.
bayangkan Pn R tidak perlu mengeluarkan wang (hanya menggunakan kwsp untuk mendapat lebih keuntungan untuk simpanan persaraan), dan hanya melabur baru 2 tahun lebih.. tetapi lihatlah keuntungannya yang anda pasti tidak akan jumpa di mana2 bentuk simpanan atau pelaburan lain. Masakan wang anda boleh bertumbuh sebegitu rupa jika anda hanya menyimpan di dalam bank atau pun kwsp, kan?


Saya berkongsi kisah ini bukan untuk menjanjikan keuntungan yg tinggi setiap kali anda melabur, ianya masih bergantung kepada pasaran, saya bukan tukang tilik untuk memberitahu pulangan anda tetapi saya boleh anggarkan puratanya jika anda invest dlm jangka masa panjang, insyaAllah. Saya hanya ingin berkongsi peluang yang baik ini kepada anda semua kerana ramai yg masih  belum tahu mengenai unit trust ini.. walaupun ada turun naik, insyaAllah peluang untuk dapat pulangan yg tinggi itu sentiasa ada seperti yg telah pun dirasai oleh Pn R. Just imagine if she invested 700k at that time, she can be a millionaire now!


apa2pun, anda boleh klik di sini untuk membuat projection nilai pelaburan anda. Letakkan 10% sebagai expected return p. a. Anda juga boleh mengira berapakah yg perlu dilaburkan untuk mencapai target masing2. setelah membuat keputusan, jangan lupa hubungi saya :)