Monday

Berapakah pulangan pelaburan unit trust??

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah hari ni baru berpeluang dpt update blog.. maaflah bulan lepas saya ada masalah kesihatan sedikit tapi jangan risau saya masih lagi aktif di alam realiti (blog ni alam maya je hehe)

saya rasa ramai yg tertanya2,
berapakah pulangan yang anda boleh dapat dalam pelaburan islamic unit trust ni?

sebenarnya ianya bergantung kepada pasaran semasa. pulangan bukanlah tetap kerana konsep pelaburan islam itu adil. kita melaburkan wang untuk menjadi modal perniagaan2 syarikat dsb jadi kita hendaklah berkongsi untung rugi perniagaan tersebut. jadi, dalam jangka masa pendek nilainya pasti ada turun naik tetapi anda jangan risau, kerana dalam jangka masa panjang, ianya insyaAllah naik malah memang tinggi.

Mari kita ikuti kisah benar berikut:
Salah seorang pelabur saya, Pn R telah pun merasai kemanisannya. beliau melaburkan sebanyak RM7,300 pada Julai 2008 menggunakan skim pelaburan kwsp ke dalam Public Mutual dan terus membiarkannya. Nak tahu berapa dia dapat pada hari ini? Alhamdulillah, pada Januari 2011 kini pelaburannya meningkat menjadi RM10,500!!! hanya 2 tahun lebih, beliau berjaya meraih keuntungan RM 3,200, almost half of the investment.
bayangkan Pn R tidak perlu mengeluarkan wang (hanya menggunakan kwsp untuk mendapat lebih keuntungan untuk simpanan persaraan), dan hanya melabur baru 2 tahun lebih.. tetapi lihatlah keuntungannya yang anda pasti tidak akan jumpa di mana2 bentuk simpanan atau pelaburan lain. Masakan wang anda boleh bertumbuh sebegitu rupa jika anda hanya menyimpan di dalam bank atau pun kwsp, kan?


Saya berkongsi kisah ini bukan untuk menjanjikan keuntungan yg tinggi setiap kali anda melabur, ianya masih bergantung kepada pasaran, saya bukan tukang tilik untuk memberitahu pulangan anda tetapi saya boleh anggarkan puratanya jika anda invest dlm jangka masa panjang, insyaAllah. Saya hanya ingin berkongsi peluang yang baik ini kepada anda semua kerana ramai yg masih  belum tahu mengenai unit trust ini.. walaupun ada turun naik, insyaAllah peluang untuk dapat pulangan yg tinggi itu sentiasa ada seperti yg telah pun dirasai oleh Pn R. Just imagine if she invested 700k at that time, she can be a millionaire now!


apa2pun, anda boleh klik di sini untuk membuat projection nilai pelaburan anda. Letakkan 10% sebagai expected return p. a. Anda juga boleh mengira berapakah yg perlu dilaburkan untuk mencapai target masing2. setelah membuat keputusan, jangan lupa hubungi saya :)