Sunday

Berita Baik!! FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan

Sumber : Berita Harian Online FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan

PASARAN saham negara berpotensi menjalani aliran peningkatan ‘super’ yang bakal menyaksikan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak mencecah 1,780 mata menjelang akhir tahun depan, kata Penganalisis Pasaran, SN Lock. Selepas merekod paras tertinggi dalam sejarah pada minggu lalu, FBM KLCI dan pasaran utama global khususnya Eropah kembali susut pada Jumaat susulan kebimbangan langkah menaikkan kadar faedah oleh bank pusat serta masalah hutang Ireland.

Lock, bagaimanapun berkata, penyusutan selepas kenaikan tinggi pasaran adalah sesuatu yang diperlukan oleh FBM KLCI untuk membolehkan ia meneruskan aliran peningkatannya setelah merekodkan paras tertinggi 1,528.01 mata.

“Sasaran utama bagi tahun depan adalah antara 1,691 hingga 1,780 mata, dengan paras sokongan kritikal pada 1,440 hingga 1,550 mata,” katanya pada Forum Pelaburan Kewangan Persendirian TheEdge di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dari segi prospek lebih baik, Lock berkata jika sasaran 1,780 itu dilepasi, FBM KLCI juga mampu meningkat mencecah 1,869 hingga 1,958 mata pada 2011.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank-IB), Wong Chew Hann, berkata wujud potensi peningkatan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malatsia.

“Kami menjangka kadar dasar semalaman kekal stabil atau sekurang-kurangnya sehingga separuh kedua 2011. Ekuiti adalah kelas aset paling menarik untuk dilabur dalam situasi regim kadar faedah yang rendah,” katanya. Beliau bagaimanapun, menyasar FBM KLCI mampu melonjak mencecah 1,660 mata menjelang akhir 2011. – BERNAMA

Saturday

Our Team is Growing~!

Alhamdulillah 'ala kulli hal!
Hari ni saya lihat total pageviews blog ini sudah menjadi 4 angka! terima kasih yg tidak terhingga buat anda semua.. Semakin hari semakin ramai yang terus menyokong Islamic Unit Trust..
Bukan sahaja untuk melabur, tetapi juga untuk menimba ilmu, menyumbang tenaga dan menyampaikannya kepada masyarakat..

Dgn sukacitanya, saya ingin mewar-warkan bahawa kami telah mempunyai 2 org lagi ahli baru sebagai Unit Trust Consultant.. iaitu Kak Normadiah dan Encik Abd Rahman..

Kak Nor tinggal di Setapak dan bekerja sebagai guru home tuition di Damansara.. Di samping itu, beliau juga membuat perniagaan sendiri, mempunyai ciri2 keusahawanan yg tinggi dan berpandangan jauh. Kami mula berkenalan sewaktu saya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri yg lalu dan Kak Nor pula memang mempunyai hasrat untuk terlibat dlm Public Mutual sejak sebelum itu lagi. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui dan Dia menemukan kami. Beliau sudah pun menduduki peperiksaan CUTE pada 18 Nov baru2 ini dan telah pun lulus dengan jayanya. Dengan semangat yang tinggi dan kecekalan yg ada pada beliau, saya yakin beliau mampu maju dlm bisnes unit trust ini dgn begitu cemerlang!

Encik Rahman pula merupakan seorang jurutera yang tinggal di Cheras dan telah pun melabur dengan Public Mutual unit trust. Setelah membaca beberapa blog, beliau berhasrat untuk menjadi unit trust consultant secara part time. Dgn itu, beliau akan lebih faham dan mudah untuk memantau pelaburan sendiri di samping mengajak rakan2 yg lain untuk turut melabur. Atas kesibukan masing2, kami hanya berinteraksi melalui email dan facebook sahaja tetapi ianya amat berkesan. Jadi jika anda tinggal di negeri lain atau tiada masa utk berjumpa, jgn risau. Anda masih boleh menyertai kami jika ada minat dan kesungguhan.. Alhamdulillah En Rahman telah pun selamat mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan CUTE pada 2 Dis nanti. Selamat Maju Jaya saya ucapkan!

Dan tidak lupa kepada anda dan semua pengunjung blog ini,
terima kasih yg tidak terhingga atas sokongan yg diberikan!!