Thursday

Perkenalkan seorang lagi UTC kami, Cik Nadrah Samsuri

Seperti biasa, saya akan memperkenalkan setiap ahli kumpulan saya dalam blog ini. Walau bagaimanapun saya hampir terlupa untuk memperkenalkan Cik Nadrah. Harap masih belum terlambat. Here it goes..

Untuk pengetahuan semua, cik Nadrah adalah seorang auditor di sebuah syarikat audit terkemuka. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Australian National University, Canberra, Australia.

Saya pertama kali berjumpa beliau ketika program Jalinan Ukhwah yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk alumni lepasan luar negara. Ketika itu, cik Nadrah baru sahaja tamat belajar dan sedang mencari rumah. Memandangkan rumah kami masih kosong, saya menawarkannya untuk tinggal di situ.

Cerita mengenai unit trust bermula sewaktu cik Nadrah datang untuk melihat rumah tersebut. Sambil berkenalan, seperti biasa saya tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu mengenai pelaburan islamic unit trust yang bagus dan kerjaya saya sebagai unit trust consultant (UTC) yang sangat menyeronokkan. Tak sangka cik Nadrah sangat berminat dan terus menyatakan keinginannya untuk menjadi consultant.

Itu cerita dulu. Kini cik Nadrah telah pun menjadi seorang UTC yang sangat bagus, berani dan bijaksana. Beliau bukan sahaja telah mempunyai ramai klien, malah akan turut mempunyai UTC baru tak lama lagi.

Semoga terus maju, sahabatku!

p/s: Kepada yang sedang membaca, anda bila lagi? ;)
 

No comments:

Post a Comment