Thursday

Saya akan berada di kampung halaman pada 9-13 September 2010!

Assalamualaikum semua..

Bermula 9hb sehingga 13hb Sept, saya akan berada di Kluang, Johor.
Jadi orang-orang kampung saya bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada saya secara face-to-face.

Namun, dalam tempoh ini, saya mungkin kekurangan akses internet. [Saya pasti anda semua juga pasti sibuk beraya =)] Oleh itu, jika ada sebarang soalan, anda masih boleh menghubungi saya melalui telefon dan SMS. InsyaAllah saya akan memberi respon secepat mungkin.

Saya akan kembali semula pd 14hb..
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang urusan kita, dan halalkan segalanya.. semoga Ramadhan yg kian melabuhkan tirai menjadikan kita hambaNya yg lebih bertaqwa..

Taqabbalallahu minna wa minkum!
Salam Aidilfitri buat semua~!

p/s: Oh, jangan lupa bayar zakat.. barulah rezeki dan pelaburan kita semakin diberkati Allah (^_^)

No comments:

Post a Comment