Thursday

Apa Itu Unit Trust?

Unit Trust juga lebih dikenali sebagai unit amanah dan ia merupakan suatu pelaburan berkelompok. Saya pasti ramai yang pernah mendengar mengenai unit amanah malah telah pun memulakan pelaburan..

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi tentang cara ia berfungsi. Sebagai pelabur, tentunya kita ingin mendapatkan keuntungan daripada pelaburan tersebut tetapi terlalu banyak jenis pelaburan yang membuatkan kita kabur dalam membuat pemilihan.

Dalam unit trust, wang anda akan dikumpulkan bersama pelabur-pelabur lain sehingga menjadi jumlah yg besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ekuiti dan bon.. Kepelbagaian ini dapat mengurangkan risiko kerana kita tidak terlalu bergantung kepada satu-satu saham semata-mata.
Dan, jika anda melabur dalam unit amanah berlandaskan syariah, wang anda hanya digunakan ke dalam saham2 yang patuh syariah dan islamic bond sahaja..secara tidak langsung, anda telah membantu pertumbuhan ekonomi dan menyokong sistem kewangan islam..

Aktiviti jual beli saham ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berpengalaman di Public Mutual, jadi anda tidak perlu risau untuk monitor harga saham setiap hari, pengurus dana yang pakar akan sentiasa cuba untuk memaksimumkan keuntungan dari pelaburan tersebut.

dalam unit trust, kita membeli unit dan harga unit ini akan turun naik mengikut harga pasaran.. Tetapi jika kita melabur dalam jangka masa panjang, harga pasaran memang akan sentiasa bertumbuh. Pelabur akan mendapat keuntungan melalui kenaikan harga unit dan pembahagian dividen.Purata keuntungan Public Mutual adalah 10% setahun tetapi rekod yang lepas membuktikan kami sudah pergi lebih jauh dari ini, jadi anda juga berpeluang untuk menikmati keuntungan yang berlipat kali ganda itu. ianya tidak mustahil dalam dunia pelaburan.

Sebagaimana anda, saya sendiri tercari-cari pelaburan yang paling sesuai sebelum ini. Setelah mengkaji, saya mendapati unit trust adalah pelaburan yang paling terbaik kerana boleh memberi peluang keuntungan yang sangat tinggi dan juga kurang risiko berbanding pelaburan lain seperti hartanah dan sebagainya..

Jadi, apa tunggu lagi, hubungi saya untuk memulakan pelaburan =)

"Selamat Melabur.. Moga pelaburan anda diberkatiNya!"

Rosezalina Lazim
Unit Trust Consultant
Public Mutual Bhd
email: rosezalina@gmail.com
website: islamicunittrust.blogspot.com
h/p: 013-6784972

No comments:

Post a Comment