Thursday

Sungguh, Ramadhan Itu Bulan Berkat!

Salam Ramadhan al-mubarak buat semua UTC, Pelanggan2 yang dihormati dan pembaca2 blog saya yang dikasihi selalu.. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..
Alhamdulillah.. sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Ramadhan yang amat kita nanti2kan sekian lama.. Syukur yang tak terhingga masih diizinkan bernafas hingga ke hari ini...

Sesungguhnya Ramadhan itu memang penuh dengan barokah.. Setiap tahun, pasti ada sahaja keajaiban Ramadhan yang saya alami.. Just like a miracle, Allah always listen to my du'a especially in Ramadhan! Whatever I ask him this month, He will straight away respond to me..

Benarlah ayat2 nya yang cukup indah sekali disusun selepas ayat-ayat perintah berpuasa di bulan Ramadhan (Al-Baqarah,2:183-185)..

Tidak perlulah saya nyatakan di sini perkara2 peribadi yang sangat menyentuh hati saya setiap kali Ramadhan setiap tahun tatkala saya berdoa padanya. terlalu banyak yang dimakbulkan dan ianya sangatlah di luar sangkaan.

Begitu juga dengan bisnes saya, alhamdulillah Allah kurniakan lagi keberkatan itu untuk saya pada kali ini..
Saya tidak terlalu agresif dengan bisnes saya terutamanya ketika bulan ibadah ini, namun di saat inilah talian telefon saya tidak henti-henti dengan panggilan2 pelanggan yang baru mahupun yang lama.

Alhamdulillah rezeki bertambah2.. Prospek yang sudah sekian lama saya follow up juga, tatkala inilah hatinya dibuka oleh Allah.. Saya sangat bersyukur yang tidak terhingga. Saya pasti anda juga tentu mengalami perkara yang sama di bulan rahmat ini. Marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran padanya, Terima Kasih Ya Allah! :') 

p/s: terima kasih juga buat pelabur2 & ejen2 yang telah menceriakan hari saya! ;)

New Team Members

Alhamdulillah...

Baru-baru ni team kami semakin subur dengan benih2 baru yg hebat2 belaka..
Pertama sekali saya ingin perkenalkan, sahabat saya yang telah pun berjaya menjadi Unit Trust Consultant pada bulan lepas, ukhti Khairunnisa Mazlan! :)

Cik Nisa ni adalah sahabat saya dan selalu bersama-sama saya dalam Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Shah Alam.. Sejak saya menjadi UTC beberapa tahun lepas, beliau sering bertanyakan saya mengenai kerjaya ini. Maklumlah, beliau memiliki kelulusan profesional ACCA dan amat meminati bidang kewangan islam ini.

Sehinggalah beberapa bulan lepas, saya telah membawanya ke Grand Business Opportunity Seminar anjuran syarikat kami dan tanpa berfikir panjang, cik Nisa terus mendaftarkan diri pada malam itu juga dan menerima hadiah sebuah buku motivasi kewangan buat 30 UTC baru yg mendaftar ketika itu..

Saya pun tumpang gembira.. selain beliau, ada beberapa lagi UTC baru yang akan mengambil peperiksaan dalam masa terdekat ni. Antara mereka ada yang bekerja sebagai Pegawai Kewangan dan ada juga yang merupakan Ketua Jabatan Syariah di salah sebuah kolej islam! Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja dengan orang-orang yang hebat dalam team ni.. Yang pasti, kami semua memiliki satu perjuangan yang sama iaitu untuk memartabatkan sistem kewangan islam.

Kepada anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan tambahan, jangan segan silu untuk hubungi saya. Saya sendiri memulakannya sebagai part time dulu dan ianya sangat berbaloi!


Perkenalkan seorang lagi UTC kami, Cik Nadrah Samsuri

Seperti biasa, saya akan memperkenalkan setiap ahli kumpulan saya dalam blog ini. Walau bagaimanapun saya hampir terlupa untuk memperkenalkan Cik Nadrah. Harap masih belum terlambat. Here it goes..

Untuk pengetahuan semua, cik Nadrah adalah seorang auditor di sebuah syarikat audit terkemuka. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Australian National University, Canberra, Australia.

Saya pertama kali berjumpa beliau ketika program Jalinan Ukhwah yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk alumni lepasan luar negara. Ketika itu, cik Nadrah baru sahaja tamat belajar dan sedang mencari rumah. Memandangkan rumah kami masih kosong, saya menawarkannya untuk tinggal di situ.

Cerita mengenai unit trust bermula sewaktu cik Nadrah datang untuk melihat rumah tersebut. Sambil berkenalan, seperti biasa saya tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu mengenai pelaburan islamic unit trust yang bagus dan kerjaya saya sebagai unit trust consultant (UTC) yang sangat menyeronokkan. Tak sangka cik Nadrah sangat berminat dan terus menyatakan keinginannya untuk menjadi consultant.

Itu cerita dulu. Kini cik Nadrah telah pun menjadi seorang UTC yang sangat bagus, berani dan bijaksana. Beliau bukan sahaja telah mempunyai ramai klien, malah akan turut mempunyai UTC baru tak lama lagi.

Semoga terus maju, sahabatku!

p/s: Kepada yang sedang membaca, anda bila lagi? ;)
 

Sunday

Pasaran Saham Diramal Kukuh Pada Suku Kedua - Berita Harian

lepas tsunami saham x stabil.. Tapi diramal kukuh pada suku kedua?? Wow! inilah masanya!!

Baca keratan akhbar berikut:

Pasaran saham diramal kukuh pada suku kedua
HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka mengukuh dalam suku kedua 2011 ini di sebalik keadaan tidak menentu pada peringkat global berikutan ketegangan politik di Asia Barat dan Afrika Utara serta bencana gempa bumi dan tsunami yang dahsyat di Jepun.


Penganalisis Kanan di CIMB Investment Bank Bhd, Nigel Foo Chek Keng, berkata pasaran tempatan mempunyai kitarannya yang tersendiri dan tidak terjejas oleh peristiwa berkenaan. Selepas mencapai paras kemuncak pada Januari dan melalui tempoh mendatar selepas itu, Bursa Malaysia berkemungkinan mencecah had paras terendahnya menjelang akhir bulan ini, katanya.
 
"Biasanya pasaran mengambil kira segala perkembangan enam bulan hingga setahun ke hadapan.

"Ketika ekonomi berada di kemuncaknya, pasaran mulai berkembang dan ketika ekonomi berada pada tahap paling teruk, pasaran mulai mengalami reli," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Prospek Pasaran bagi Suku Kedua 2011 dan Selepas itu’ pada acara Sembang Pasaran 2010/11 anjuran Bursa Malaysia, kelmarin.
Menuju ke depan, Foo berkata, minat belian akan terus bertumpu kepada saham syarikat sarung tangan getah, kayu serta minyak dan gas.


Katanya, sasaran FTSE Bursa Malaysia bagi tahun ini ialah 1,700 mata.


Sembang Pasaran 2010/11 adalah sebahagian daripada program pelaburan runcit Bursa Malaysia untuk menggalakkan penyertaan yang lebih besar di kalangan individu di pasaran modal tempatan.
 
sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Pasaransahamdiramalkukuhpadasukukedua/Article/

Thursday

Welcoming Our New UTC : Cik Masrina Mazlan~!!

Slm to all,

I would like to introduce our new UTC : Cik Masrina Mazlan!

Cik Masrina ni seorang yg peramah dan bersemangat waja.

Walau pun pada asalnya kami tidak saling mengenali dan hanya dimulai dengan YM sahaja, namun segalanya berjalan lancar dan seperti kawan lama pula. jadi anda di luar sana tidak perlulah segan2 silu jika berminat untuk menjadi ejen bersama2 kami.

Cik Riena mempunyai Degree in Accountancy from Australia (ini menyebabkan total ahli kami yg berkelulusan Australia sudah menjadi 3 org! termasukla saye hehe). Jika anda ingin menghantar anak anda untuk belajar di luar negara kelak, mulakanlah pelaburan dari sekarang. Kami sedia membantu dan memberikan nasihat dari segi projected tuition fees dan cara2 untuk anda mencapai target tersebut.

Yang paling menarik, Cik Riena sudah mempunyai banyak pengalaman kerja dlm institusi2 kewangan termasuklah Bank Negara!

Jadi tak usah ragu-ragu lagi untuk mendapatkan khidmat kami :)

Monday

Berapakah pulangan pelaburan unit trust??

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah hari ni baru berpeluang dpt update blog.. maaflah bulan lepas saya ada masalah kesihatan sedikit tapi jangan risau saya masih lagi aktif di alam realiti (blog ni alam maya je hehe)

saya rasa ramai yg tertanya2,
berapakah pulangan yang anda boleh dapat dalam pelaburan islamic unit trust ni?

sebenarnya ianya bergantung kepada pasaran semasa. pulangan bukanlah tetap kerana konsep pelaburan islam itu adil. kita melaburkan wang untuk menjadi modal perniagaan2 syarikat dsb jadi kita hendaklah berkongsi untung rugi perniagaan tersebut. jadi, dalam jangka masa pendek nilainya pasti ada turun naik tetapi anda jangan risau, kerana dalam jangka masa panjang, ianya insyaAllah naik malah memang tinggi.

Mari kita ikuti kisah benar berikut:
Salah seorang pelabur saya, Pn R telah pun merasai kemanisannya. beliau melaburkan sebanyak RM7,300 pada Julai 2008 menggunakan skim pelaburan kwsp ke dalam Public Mutual dan terus membiarkannya. Nak tahu berapa dia dapat pada hari ini? Alhamdulillah, pada Januari 2011 kini pelaburannya meningkat menjadi RM10,500!!! hanya 2 tahun lebih, beliau berjaya meraih keuntungan RM 3,200, almost half of the investment.
bayangkan Pn R tidak perlu mengeluarkan wang (hanya menggunakan kwsp untuk mendapat lebih keuntungan untuk simpanan persaraan), dan hanya melabur baru 2 tahun lebih.. tetapi lihatlah keuntungannya yang anda pasti tidak akan jumpa di mana2 bentuk simpanan atau pelaburan lain. Masakan wang anda boleh bertumbuh sebegitu rupa jika anda hanya menyimpan di dalam bank atau pun kwsp, kan?


Saya berkongsi kisah ini bukan untuk menjanjikan keuntungan yg tinggi setiap kali anda melabur, ianya masih bergantung kepada pasaran, saya bukan tukang tilik untuk memberitahu pulangan anda tetapi saya boleh anggarkan puratanya jika anda invest dlm jangka masa panjang, insyaAllah. Saya hanya ingin berkongsi peluang yang baik ini kepada anda semua kerana ramai yg masih  belum tahu mengenai unit trust ini.. walaupun ada turun naik, insyaAllah peluang untuk dapat pulangan yg tinggi itu sentiasa ada seperti yg telah pun dirasai oleh Pn R. Just imagine if she invested 700k at that time, she can be a millionaire now!


apa2pun, anda boleh klik di sini untuk membuat projection nilai pelaburan anda. Letakkan 10% sebagai expected return p. a. Anda juga boleh mengira berapakah yg perlu dilaburkan untuk mencapai target masing2. setelah membuat keputusan, jangan lupa hubungi saya :)

Sunday

Berita Baik!! FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan

Sumber : Berita Harian Online FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan

PASARAN saham negara berpotensi menjalani aliran peningkatan ‘super’ yang bakal menyaksikan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak mencecah 1,780 mata menjelang akhir tahun depan, kata Penganalisis Pasaran, SN Lock. Selepas merekod paras tertinggi dalam sejarah pada minggu lalu, FBM KLCI dan pasaran utama global khususnya Eropah kembali susut pada Jumaat susulan kebimbangan langkah menaikkan kadar faedah oleh bank pusat serta masalah hutang Ireland.

Lock, bagaimanapun berkata, penyusutan selepas kenaikan tinggi pasaran adalah sesuatu yang diperlukan oleh FBM KLCI untuk membolehkan ia meneruskan aliran peningkatannya setelah merekodkan paras tertinggi 1,528.01 mata.

“Sasaran utama bagi tahun depan adalah antara 1,691 hingga 1,780 mata, dengan paras sokongan kritikal pada 1,440 hingga 1,550 mata,” katanya pada Forum Pelaburan Kewangan Persendirian TheEdge di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dari segi prospek lebih baik, Lock berkata jika sasaran 1,780 itu dilepasi, FBM KLCI juga mampu meningkat mencecah 1,869 hingga 1,958 mata pada 2011.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank-IB), Wong Chew Hann, berkata wujud potensi peningkatan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malatsia.

“Kami menjangka kadar dasar semalaman kekal stabil atau sekurang-kurangnya sehingga separuh kedua 2011. Ekuiti adalah kelas aset paling menarik untuk dilabur dalam situasi regim kadar faedah yang rendah,” katanya. Beliau bagaimanapun, menyasar FBM KLCI mampu melonjak mencecah 1,660 mata menjelang akhir 2011. – BERNAMA

Saturday

Our Team is Growing~!

Alhamdulillah 'ala kulli hal!
Hari ni saya lihat total pageviews blog ini sudah menjadi 4 angka! terima kasih yg tidak terhingga buat anda semua.. Semakin hari semakin ramai yang terus menyokong Islamic Unit Trust..
Bukan sahaja untuk melabur, tetapi juga untuk menimba ilmu, menyumbang tenaga dan menyampaikannya kepada masyarakat..

Dgn sukacitanya, saya ingin mewar-warkan bahawa kami telah mempunyai 2 org lagi ahli baru sebagai Unit Trust Consultant.. iaitu Kak Normadiah dan Encik Abd Rahman..

Kak Nor tinggal di Setapak dan bekerja sebagai guru home tuition di Damansara.. Di samping itu, beliau juga membuat perniagaan sendiri, mempunyai ciri2 keusahawanan yg tinggi dan berpandangan jauh. Kami mula berkenalan sewaktu saya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri yg lalu dan Kak Nor pula memang mempunyai hasrat untuk terlibat dlm Public Mutual sejak sebelum itu lagi. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui dan Dia menemukan kami. Beliau sudah pun menduduki peperiksaan CUTE pada 18 Nov baru2 ini dan telah pun lulus dengan jayanya. Dengan semangat yang tinggi dan kecekalan yg ada pada beliau, saya yakin beliau mampu maju dlm bisnes unit trust ini dgn begitu cemerlang!

Encik Rahman pula merupakan seorang jurutera yang tinggal di Cheras dan telah pun melabur dengan Public Mutual unit trust. Setelah membaca beberapa blog, beliau berhasrat untuk menjadi unit trust consultant secara part time. Dgn itu, beliau akan lebih faham dan mudah untuk memantau pelaburan sendiri di samping mengajak rakan2 yg lain untuk turut melabur. Atas kesibukan masing2, kami hanya berinteraksi melalui email dan facebook sahaja tetapi ianya amat berkesan. Jadi jika anda tinggal di negeri lain atau tiada masa utk berjumpa, jgn risau. Anda masih boleh menyertai kami jika ada minat dan kesungguhan.. Alhamdulillah En Rahman telah pun selamat mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan CUTE pada 2 Dis nanti. Selamat Maju Jaya saya ucapkan!

Dan tidak lupa kepada anda dan semua pengunjung blog ini,
terima kasih yg tidak terhingga atas sokongan yg diberikan!!

Monday

Caj Perkhidmatan

Encik Zalani ada bertanya melalui chatter box saya,

Apakah maksud:
The Manager does not impose a repurchase charge on the sale of units of the fund by investors.

Maksudnya:
Tiada sebarang caj dikenakan apabila pelabur ingin menjual unit. Mereka boleh menjual bila-bila masa tanpa perlu membayar apa-apa.
caj perkhidmatan hanya dikenakan sekali sahaja iaitu ketika Pelabur membeli unit (ie. Sebanyak 5.5% bagi pelaburan tunai dan hanya 3% bagi pelaburan kwsp). Caj perkhidmatan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pengurus dana profesional, lain2 yuran dan perbelanjaan yang perlu dibayar oleh pihak syarikat, apatah lagi jika dibandingkan dengan keuntungan yang bakal diperoleh pelabur.

Tempoh matang dan penutupan dana

Ok, kini saya akan cuba merungkai persoalan2 yang diajukan oleh Encik Zalani melalui chatter box saya..

1) tempoh matang

Kadangkala jika kita membuat pelaburan saham atau simpanan tetap, kita akan diberi tempoh matang (eg. 6 bulan, 10 tahun etc) di mana kita boleh mengeluarkn wang tersebut dan menikmati keuntungannya selepas tempoh itu. Tetapi dalam unit trust, anda tidak perlu risau kerana tiada tempoh matang, anda berhak menjual beli pada bila2 masa, sama ada sebahagian unit atau kesemuanya.

2) penutupan dana

Ya, Ketika suatu dana dilancarkan,sejumlah unit telah ditetapkan sebagai had saiz bagi dana tersebut (cth: 2 billion unit etc). Jadi dana ini dibuka untuk pelabur sehinggalah jumlah unit tersebut dicapai. Maka ketika itu, dana tersebut akan ditutup dan pelabur baru tidak boleh lagi melabur di dalamnya. Tetapi pelabur yang telah pun membuat pelaburan dlm dana tadi tidak perlu menukar dana,mereka masih terus mendapat keuntungan dan bileh menjual bila-bila masa.

Contoh dana yang telah ditutup adalah Public Islamic Opportunities Fund dan Public Islamic Bond Fund. Public Islamic Dividend Fund dan Public Islamic Balanced Fund juga baru sahaja ditutup pada minggu lepas.

Namun begitu, Public Mutual mempunyai pelbagai dana yang masih dibuka lagi dan melancarkan dana-dana baru dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan tinggi daripada para pelabur.

Thursday

Saya akan berada di kampung halaman pada 9-13 September 2010!

Assalamualaikum semua..

Bermula 9hb sehingga 13hb Sept, saya akan berada di Kluang, Johor.
Jadi orang-orang kampung saya bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada saya secara face-to-face.

Namun, dalam tempoh ini, saya mungkin kekurangan akses internet. [Saya pasti anda semua juga pasti sibuk beraya =)] Oleh itu, jika ada sebarang soalan, anda masih boleh menghubungi saya melalui telefon dan SMS. InsyaAllah saya akan memberi respon secepat mungkin.

Saya akan kembali semula pd 14hb..
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang urusan kita, dan halalkan segalanya.. semoga Ramadhan yg kian melabuhkan tirai menjadikan kita hambaNya yg lebih bertaqwa..

Taqabbalallahu minna wa minkum!
Salam Aidilfitri buat semua~!

p/s: Oh, jangan lupa bayar zakat.. barulah rezeki dan pelaburan kita semakin diberkati Allah (^_^)

Senarai Dana Public Mutual Yang Berlandaskan Syariah

Public Mutual menyediakan pelbagai dana untuk kesesuaian tahap risiko pelabur.
Semakin tinggi keuntungan, tinggi jugalah risikonya dan begitulah sebaliknya.
 
Anda kusut dalam memilih dana yg sesuai bg pelaburan anda?
Jangan risau, kami sebagai unit trust consultants bersedia untuk membantu dan mengesyorkan dana yg bersesuaian untuk anda mengikut tahap ekonomi semasa.
 
Saya juga menyediakan Financial Year End bg setiap dana untuk anda mengetahui bilakah berlakunya pembahagian dividen untuk pelaburan anda. Namun begitu, kebanyakan dana agresif tidak menjanjikan dividen setiap tahun kerana mereka lebih berfokus kepada kenaikan harga unit. Jadi harga biasanya akan naik tinggi dan anda boleh menjual bila-bila masa jika mahu.

Anda boleh menyemak harga semasa setiap dana di sini dan prestasinya di sini.

Wednesday

Welcoming Our New Unit Trust Consultants!!!

Assalamualaikum wbt..

Dgn sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa IslamicUnitTrust Consultant telah mempunyai 2 org lagi ejen yg boleh anda hubungi.. Cik Syuhairah Rahifah dan Cik Siti Nabihah telah pun lulus peperiksaan unit trust dgn cemerlang dan kami semua bersedia untuk memberikan servis yg terbaik buat anda!

Kini, untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan islamic unit trust, anda boleh lah menghubungi kami.

Atau jika anda juga berminat untuk menjadi ahli kumpulan kami dan ingin mengetahui kelebihan serta cara-caranya, bolehlah menghubungi saya juga.

Friday

Keratan Akhbar: Public Mutual declares fund payouts -Business Times

PUBLIC Mutual Bhd has declared distributions totalling RM184 million for eight of its funds for the financial year ended July 31 2010.

It declared a dividend of 5.00 sen per share for Public Growth Fund, Public Bond Fund and Public Islamic Select Bond Fund, 3.50 sen per share for Public Islamic Income Fund, 2.50 sen per share for Public Islamic Opportunities Fund, 1.25 sen per share for Public Islamic Select Enterprises Fund, 0.50 sen per share for Public Far-East Property & Resorts Fund and 2.00 sen per share for PBB MTN Fund 1.

It also declared unit splits for two of its funds, namely Public Islamic Select Bond Fund and Public Islamic Income Fund

Read more: Public Mutual declares fund payouts http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20100803002233/Article/#ixzz0vom45XlZ

Saturday

Mahu Menjadi Unit Trust Consultant Seperti Saya?

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang peluang kerjaya sebagai Unit Trust Consultant (UTC). Bukan sahaja memberi pendapatan tanpa had, malah anda boleh lakukannya pada bila-bila masa di rumah atau di mana jua dengan menjadi bos kepada diri sendiri. Di samping itu, anda juga dapat menambahkan ilmu mengenai pelaburan dan menyebarkannya kepada masyarakat..Disebabkan hal inilah, saya membuat pilihan untuk menceburkan diri dalam Islamic unit trust.
Saya memang sangat berminat dalam bidang kewangan dan pelaburan sejak di bangku sekolah lagi. Apabila saya mendapat tahu tentang kewujudan Islamic unit trust, tanpa berlengah lagi saya terus mendaftarkan diri sebagai UTC kerana saya sedar ramai umat Islam di luar sana yang masih melibatkan diri dalam pelaburan konvensional kerana kabur dengan alternatif yang ada.

Alhamdulillah, saya yakin saya telah membuat pilihan yang tepat. Semakin hari saya semakin bersemangat untuk lebih maju dalam karier ini.. Pendapatan nya juga memang lebih dari berpatutan jika dibandingkan dengan apa yang perlu saya lakukan.Ianya sangatlah mudah dan saya sangat berpuas hati!

Saya mendapati kerjaya ini terlalu menarik dan hal ini dibuktikan dengan setelah beberapa bulan sahaja, 2 orang sahabat saya turut tidak mahu melepaskan peluang untuk mendaftarkan diri sebagai Unit Trust Consultant di dalam kumpulan saya.. mereka adalah Cik Shuhairah Rahifah dan Cik Siti Nabihah. Shu akan menghadiri kelas CUTE tutorial pada 10 Ogos manakala Nabihah a.k.a Kak Aby akan menghadiri kelas pada esok hari.. Kedua-dua mereka bakal menduduki peperiksaan CUTE pada 21 Ogos ini.. Saya doakan mereka berjaya dan bersama-sama menjadi Unit Trust Consultant yang cemerlang!

Saya tidak mahu menjadi selfish dan berjaya seorang diri. Jadi saya menyeru anda semua supaya bersama-sama kami! Anda pasti berpuas hati dengan pendapatan tambahan ini! Malah anda juga boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang dan menjalankan tanggungjawab yang lain.. Walau di mana anda berada, segera hubungi saya jika berminat =)

Friday

Bagaimana untuk memulakan pelaburan?

Mudah sahaja!

Anda boleh melabur melalui cash, direct debit bulanan dan pengeluaran KWSP akaun 1.

Caranya: Anda hanya perlu menghubungi saya sebagai unit trust consultant yang diiktiraf dan saya akan menyarankan dana yang bersesuaian untuk anda. Setelah membuat keputusan, saya akan menghantar borang kepada anda. Anda boleh memilih sama ada:

1) Melalui Pos
-saya akan mengepos borang ke rumah anda dan membantu anda untuk mengisi borang berkenaan. Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke mana-mana cawangan Public Bank yang berdekatan.

2) Face-to-Face
-Kita boleh mengadakan temujanji dan saya boleh menerangkan secara face to face. Kemudian, saya akan membantu anda untuk mengisi borang tersebut.

Borang-borang yang telah lengkap boleh diserahkan semula kepada saya atau dihantar sendiri ke mana-mana cawangan Public Bank beserta dengan wang tunai atau cek yang hendak dilaburkan..

Kemudian, Public Mutual akan menghantar statement ke rumah anda dan anda boleh melihat jumlah unit yang telah dibeli melalui statement tersebut. Annual report juga akan dihantar setiap tahun dan jika anda mendaftar Public Mutual Online, anda boleh memantau sendiri nilai pelaburan anda pada bila-bila masa!

Mudah sahaja kan?

Jadi jangan bertangguh lagi, harga pasaran kini dalam trend menaik, cepat hubungi saya segera!

p/s: saya boleh dihubungi melalui Facebook, email, sms, telefon, atau tinggalkan sahaja komen di sini beserta contact details. InsyaAllah saya akan menghubungi anda semula dalam masa terdekat.


Rosezalina Lazim
Unit Trust Consultant
Public Mutual Bhd
email: rosezalina@gmail.com
website: islamicunittrust.blogspot.com
h/p: 013-6784972

Thursday

Apa Itu Unit Trust?

Unit Trust juga lebih dikenali sebagai unit amanah dan ia merupakan suatu pelaburan berkelompok. Saya pasti ramai yang pernah mendengar mengenai unit amanah malah telah pun memulakan pelaburan..

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi tentang cara ia berfungsi. Sebagai pelabur, tentunya kita ingin mendapatkan keuntungan daripada pelaburan tersebut tetapi terlalu banyak jenis pelaburan yang membuatkan kita kabur dalam membuat pemilihan.

Dalam unit trust, wang anda akan dikumpulkan bersama pelabur-pelabur lain sehingga menjadi jumlah yg besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ekuiti dan bon.. Kepelbagaian ini dapat mengurangkan risiko kerana kita tidak terlalu bergantung kepada satu-satu saham semata-mata.
Dan, jika anda melabur dalam unit amanah berlandaskan syariah, wang anda hanya digunakan ke dalam saham2 yang patuh syariah dan islamic bond sahaja..secara tidak langsung, anda telah membantu pertumbuhan ekonomi dan menyokong sistem kewangan islam..

Aktiviti jual beli saham ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berpengalaman di Public Mutual, jadi anda tidak perlu risau untuk monitor harga saham setiap hari, pengurus dana yang pakar akan sentiasa cuba untuk memaksimumkan keuntungan dari pelaburan tersebut.

dalam unit trust, kita membeli unit dan harga unit ini akan turun naik mengikut harga pasaran.. Tetapi jika kita melabur dalam jangka masa panjang, harga pasaran memang akan sentiasa bertumbuh. Pelabur akan mendapat keuntungan melalui kenaikan harga unit dan pembahagian dividen.Purata keuntungan Public Mutual adalah 10% setahun tetapi rekod yang lepas membuktikan kami sudah pergi lebih jauh dari ini, jadi anda juga berpeluang untuk menikmati keuntungan yang berlipat kali ganda itu. ianya tidak mustahil dalam dunia pelaburan.

Sebagaimana anda, saya sendiri tercari-cari pelaburan yang paling sesuai sebelum ini. Setelah mengkaji, saya mendapati unit trust adalah pelaburan yang paling terbaik kerana boleh memberi peluang keuntungan yang sangat tinggi dan juga kurang risiko berbanding pelaburan lain seperti hartanah dan sebagainya..

Jadi, apa tunggu lagi, hubungi saya untuk memulakan pelaburan =)

"Selamat Melabur.. Moga pelaburan anda diberkatiNya!"

Rosezalina Lazim
Unit Trust Consultant
Public Mutual Bhd
email: rosezalina@gmail.com
website: islamicunittrust.blogspot.com
h/p: 013-6784972

Monday

Grow Your Money in Islamic Way


Assalamualaikum everyone..

have you ever heard about Unit Trust? do you know that you can maximise your savings and grow your money in islamic way by investing in islamic Unit Trust?

You can get a very high return and it is halaal!!

So I would like to introduce you to Public Mutual Islamic Unit Trust.. so far Public Mutual is the No.1 private Unit Trust company in Malaysia.. and we have won 158 awards since 1999..

The returns is very competitive and that is the reason why there are over 2.3million people already invested with Public Mutual.. so dont be missed out!!

Besides cash, you can also transfer money from your EPF to maximize your retirement savings!

The earlier you invest, the more you can get!! lots of people regretted that they did not realize about this earlier [including me..]

If you are interested to find out more on this, Feel free to contact me (via facebook, sms (0136784972), email (rosezalina@gmail.com).. I am more than happy to help you =)


Sharing is Caring..

Rosezalina Lazim
Unit Trust Consultant
Public Mutual Bhd
013-6784972
rosezalina@gmail.com

Saturday

Temui Kami Minggu Ini!!

ANNOUNCEMENT!
YOU ARE INVITED!!!

Minggu ini kami akan mengadakan beberapa siri Roadshow seperti berikut:

1) Tarikh: 27 Mac 2011
     Hari: Ahad
     Tempat: Pusat Komuniti Cyberjaya

2) Tarikh: 30 Mac 2011
     Hari: Rabu
     Tempat: Temasya Foodcourt, Glenmarie

3) Tarikh: 31 Mac 2011
     Hari: Khamis
     Tempat: Hospital Tawakal (berdekatan bulatan Pahang)

Jangan lepaskan peluang ini! Sesiapa yang berminat untuk terus melabur, bolehlah membawa salinan kad pengenalan dan baki terkini akaun KWSP anda.
Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut juga amatlah dialu2kan!!

Jumpa di sana!